Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Syarat-syarat dan Kriteria Kelayakan Bantuan Kebajikan JKM

E-mail Print PDF



Bil Jenis Bantuan
Kadar Tujuan
Syarat Kelayakan
1.

Bantuan Kanak-kanak
(BKK)

RM100 sebulan seorang.
Maksimum RM450 sebulan sekeluarga melebihi empat
(4) orang kanak-kanak.
Memastikan keluarga miskin dan ibu tunggal terus menyara anak-anak dalam satu keluarga.
  1. Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak (kanak-kanak).
  2. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
  3. Kanak-kanak berumur persekolahan, perlu meneruskan persekolahan.
  4. Kanak-kanak yatim/yatim piatu.
  5. Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa/penjaga yang tidak berkemampuan atau putus mata pencarian kerana uzur, cacat, berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan.
2. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
RM250 sebulan bagi
seorang kanak-kanak.
Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.
  1. Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga ganti.
  2. Meringankan tanggungan keluarga ganti yang sanggup menjaga anak-anak pelihara sebagai anak sendiri.
  1. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah
  2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibubapa.
  3. Kanak-kanak tinggal bersama-sama dengan keluarga ganti.
  4. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  5. Kanak-kanak yang diambil dari ”Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM.
* Had pendapatan keluarga pelihara tidak ditetapkan
3. Bantuan Orang Tua (BOT)
RM300 sebulan seorang Saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan
supaya terus tinggal dalam
komuniti.
  1. Warga emas berumur 60 tahun ke atas.
  2. Tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup.
  3. Tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.
4. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
RM300 sebulan seorang
  1. Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
  2. Membantu menampung keperluan hidup seharian dan meningkatkan taraf hidup OKU dalam masyarakat.
  1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyaraka.
  2. Bekerja sendiri atau dengan majikan.
  3. Pendapatan tidak melebihi RM1,200 sebulan.
  4. Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.
5. Geran Pelancaran (GP)
Maksima RM2,700 sekaligus
  1. Membantu klien JKM yang mempunyai minat dan potensi untuk maju dengan menceburi bidang perusahaan, pertanian atau perniagaan kecil.
  2. Membolehkan klien JKM menjadi lebih produktif dan berusaha ke arah hidup berdikari serta meningkatkan taraf hidup mereka.
  1. Penerima bantuan bulanan JKM yang berupaya mengusahakan sesuatu projek misalnya ibu tunggal atau anak-anak mereka.
  2. Orang Kurang Upaya (OKU).
  3. Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan.
7. Bantuan Bencana (BB)
RM5,000 maksimum
sekaligus
  1. Jangka Pendek: Memberi bantuan segera di pusat pemindahan seperti tikar, selimut, makanan kering dan set kit bencana.
  2. Jangka Panjang: Memberi bantuan pemulihan bagi memulakan kehidupan selepas bencana berupa bantuan kewangan kerana kerosakan harta benda.
Mangsa bencana dari golongan miskin.
8. Bantuan Alat Tiruan /Alat Sokongan
(BAT/S)
Kadar sebenar alat
tiruan
  1. Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan palsu, calipers, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
  2. Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain.
  1. OKU yang berdaftar dengan JKM.
  2. Had siling pendapatan isi rumah tidak melebihi RM700 sebulan
  3. Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
9.
*Bantuan Am
(BA)
* Kadar yang ditunjukkan
adalah bagi Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur
dan Labuan. Kadar bagi
negeri lain adalah berlainan

  1. Kadar bantuan bulanan adalah mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak Berkuasa Negeri-Negeri.
  2. Kadar bantuan membaiki rumah ialah maskimum RM2,500 atau satu jumlah yang ditetapkan oleh pihak Berkuasa Negeri-Negeri.
  3. Lain-lain kadar bantuan sekaligus adalah mengikut keperluan semasa klien.
  1. Membantu menampung perbelanjaan harian klien/keluarga
  2. Membantu golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan kerana kemiskinan, kecacatan, masalah keluarga, usia tua dan sebagainya
  3. Memberi pertolongan serta-merta bagi mengelak penderitaan orangorang yang berkeperluan, terdampar, kecemasan dan lain-lain seperti:-
    • Bantuan membaiki rumah
    • Bantuan tambang/waran tiket
    • Bantuan pakaian/makanan
    • Bantuan pengkebumian
  1. Pendapatan isi rumah di bawah RM700 sebulan atau paras garis kemiskinan (mengikut negeri masing-masing)
  2. Kes terdampar.
  3. Orang papa.
  4. Kes wanita dan gadis dan sebagainya.
  5. Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan (faktor-faktor lain yang diambilkira semasa siasatan dijalankan ke atas setiap permohonan juga mengambilkira bilangan tanggungan dalam keluarga, keadaan rumah kediaman, umur penjaga atau ketua keluarga, tahap kecacatan dan keuzuran pemohon serta lain-lain aspek dalam keluarga).
10. Bantuan Sekolah (BS)
Kadar sebenar:
  • Yuran sekolah
  • Yuran Peperiksaan
  • Buku kerja/rampaian
  • Tambang pengangkutan
  • Pakaian seragam RM180.00 seorang setahun (SRK) dan
  • RM220.00 seorang setahun (SMK)
  1. Mengelak berlakunya keciciran sekolah di kalangan kanak-kanak miskin, yatim/yatim piatu dan kurang bernasib baik/OKU.
  2. Meringankan tanggungan ibubapa @ penjaga yang berpendapatan rendah atau mempunyai tanggungan yang ramai.
  1. Kanak-kanak miskin, yatim/yatim piatu, OKU
  2. Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa/penjaga yang tidak berkemampuan, putus pencarian sementara, uzur kerana cacat @ berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan
  3. Pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM700.00 sebulan.
11. Elaun Latihan
Aperantis
(ELA)
RM200.00 sebulan seorang
Membantu belia/beliawanis terutama  anak-anak penerima bantuan yang  tercicir daripada persekolahan, penganggur atau terdedah kepada  masalah sosial untuk mendapatkan  latihan kemahiran atau latihan sambil
bekerja.
  1. Anak-anak penerima bantuan kewangan bulanan JKM.
  2. Bekas pelatih institusi JKM.
  3. Kes seliaan akhlak JKM.
12. Tabung Bantuan
Mangsa Serangan
Binatang Buas
(TSBB)
  1. Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
  2. Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.
Membantu meringankan beban
mangsa atau keluarga mangsa
serangan binantang buas.
Mangsa atau waris mangsa serangan
binatang buas yang telah dikategorikan  oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara seperti berikut:-
  • Gajah
  • Seladang
  • Babi Hutan
  • Beruang
  • Harimau
  • Ular Sawa
  • Ular-ular Berbisa
  • Primat (Beruk, Kera Siamang, Ungka, Lotong & Kongkang)
  • Buaya
13. Skim Bantuan Segera
Persekutuan Bagi Kawasan
Parlimen
(BSKP)
Nota:
Skim ini disalurkan terus
melalui Ahli Parlimen di
kawasan berkenaan.
Kadar bantuan (maksimum):
  • Mangsa bencana = RM200
  • Kematian = RM200
  • Terdampar = RM200
  • Pesakit Kronik = RM500
  • Membaiki rumah akibat bencana alam = RM500
Membantu golongan
miskin yang memerlukan
bantuan dengan segera.
  1. Golongan yang berkeperluan dan tidak berkemampuan
  2. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan
14. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) RM150 sebulan seorang Membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja.

Mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU khususnya yang tidak berupaya bekerja.

Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan.


• Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.

• Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain.

• OKU berdaftar dengan JKM.

• Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan.

• Berumur antara 18 – 59 tahun.

• Bukan penerima skim Bantuan Bulanan JKM sedia ada.

• Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan JKM dan program penjagaan / pemulihan kelolaan agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan.

• Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang berpendapatan di bawah PGK semasa, bantuan ini boleh dipertimbangkan kepada pemohon.